AIR ZAMZAM 5 LITER

Daripada Jabir bin Abdillah RA telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَاءُ زَمْزَمَ، لِمَا شُرِبَ لَهُ

“Air zamzam bergantung pada sesiapa yang meminumnya”. [Riwayat Ibn Majah nombor 3062]


Berdasarkan riwayat Ibn Majah ini, suka bagi kami untuk menyatakan beberapa fadhilat dan kelebihan yang berkaitan dengan air zamzam:

  • Ia mempunyai nama yang banyak dan nama yang banyak itu menandakan atau menunjukkan akan kemuliaannya. Dalam Taj al-Arus, dinukilkan daripada Ibn Birri, terdapat dua belas nama bagi air zamzam.
  • Air zamzam adalah sebaik-baik air di muka bumi dan menjadi penghulu kepada semua air. Ini berdasarkan apa yang disebut oleh al-Fakihi dalam Akhbar Makkah (2/41).
  • Air zamzam dikatakan dari mata air syurga mengikut riwayat ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf. Imam Nawawi berkata: “Pendapat yang asah (lebih sahih) bahawa secara zahirnya, ia adalah dari syurga”.
  • Air zamzam adalah kurniaan daripada Allah yang utama kepada kekasih-Nya iaitu Nabi Ismail AS.
  • Air zamzam juga sebagai tanda yang nyata akan kemuliaan tanah haram Makkah. Inilah adalah pendapat Imam ibn al-Daiba’ al-Syaibani.
  • Allah SWT telah menjadikan air zamzam yang berkat ini sebagai antara penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi tersebut.
  • Banyak meminum air zamzam merupakan sebahagian daripada tanda keimanan dan tanda kebebasan daripada sifat munafiq. (Hal ini kerana orang munafiq tidak mempercayai kelebihannya).

Air Zamzam 5 liter yang dijual adalah 100% asli dan tulen. Faqih Travel Sdn. Bhd. akan memastikan ketulenan air zamzam sebelum diedarkan kepada pelanggan.


PAUTAN UNTUK JEMAAH


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
AIR ZAMZAM 5 LITER
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN